Friday 20 September 2013

SUAMI AKU USTAZ ! !


SUAMI AKU USTAZ


PELAKON: Adi Putra (Ustaz Muhamad Nur Hafiz), Nora Danish (Alisa), Izzue Islam (Johan) 
TAYANGAN : Akan Datang



SINOPSIS NOVEL SUAMIKU USTAZ

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?


“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga.




Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?


 
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”



Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian.



Kesian Alisa,kena kahwin dengan abang sepupu dia. Ustaz kat sekolah dia lagi.Mengajar pula subjek Pendidikan Islam. Atas alasan apa? Takde orang nak jaga dia bila mak ayahnya pergi ke tanah suci Mekah.



Lisa pula anggap sebagai suaminya sebagai abang,sedangkan Ustaz Hafiz memang dah lama sukakan Lisa-sejak kecik lagi.Perkahwinan mereka dirahsiakan dari teman-teman di sekolah. Gila nak bagitau! Bising la Johan Pa'an dan Wati nanti.

Disebabkan Alisa jatuh motor, barulah diorang tahu yang Ustaz Hafiz dan Alisa tinggal serumah.Bila Ustaz Hafiz bagitahu perkara sebenar, Patah la hati Johan dan Cikgu Liana-cikgu yang menaruh hati pada ustaz hafiz.



Johan mengamuk pada Alisa- BBF konon.Dia sebenarnya boleh terima,jika Lisa beritahu sendiri. Belum lagi Paan dan Wati tahu


 
Alisa pulak,bukan main marah dengan Ustaz Hafiz. Tapi ustaz Hafiz cool je. Sampailah dia berjaya masuk ke menara gading. Barulah rasa rindu muncul.Alisa cuba untuk mencintai suaminya.



Monday 2 September 2013

Ayah T.T




Ayah ~
Kaulah yang selalu berusaha mencari rezeki utk keluarga,
tak pernah lelah walaupon sukar,
kau terus berusaha mencari sesuap nasi utk keluargamu,
mencari rezeki utk pembiayaan pelajaran anak2 mu..

Ayah ~
Kau pergi dan balik kerja dlm kesukaran,
tetapi pada esk hari kau tetap bekerja juga,
walau kau sakit sekalipo,
kau tidak pernah berputus asa..

Ayah ~
Kau bersusah payah mengambil dan menghantar ku setiap minggu,
meredah kereta yg berduyun2 di jalan raya,
tanpa memikirkan keselematan mu sendiri,
kau meredah hujan dan panas demi anakmu..

Ayah ~ 
walau kau tidak punya duit utk mkn sekalipon,
kau tetap berusaha mencari duit utk membeli makanan utk anak2 mu,
kau berusaha memenuhi segala impian mereka,
kau berusaha mempermewahkan mereka dgn apa yg ada..

YA ALLAH !!
aq bersyukur kerana Engkau telah memberikan aku ayah yg cukup sempurna walaupon ayah pernah melakukan kesilapan..
Kasih ayah tidak akan ku lupakan !
Aku akan berusaha bersungguh2 utk membalas jasa ayah.. :')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...