Saturday 21 December 2013

Kehidupan Baru Bermula !

           

                             Dah lama x tulis ape2 cter kat blog kan ! sebenarnya malas nk post n x tau nak cter pasal ape. :) Nampak x tajuk kat atas tu ! KEHIDUPAN BARU BERMULA ! maksudnye kehidupan aq yang baru setelah bergelar pelajar kolej.. sebenarnya muke ni (▰˘◡˘▰) nak sgt2 masuk UITM tapi x dpat. .mungkin x de rezeki kan.. lagipon kos yg aq nk tu 'mungkin' dah penuh.. so aq bawalah diri ke KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA di Jalan Batu Muda, Batu caves *ni alamat sebenarnye sbb org selalu ckp dkt GOMBAK je kan*




                Mase first time aq sampai sane utk mendaftar rase aneh sgt.. almaklum la tempat baru kan.. dgn keadaan sesak kerana yang mendaftar jumlahnya 800 orang.. fuhhh ! penat kot nak beratur panjang.. aq masuk sini pon melalui kakak sedara aq..dye mmg belajar kat sini.. so aq pon contact dye utk masuk sini..dye lah yang tlg 'mempercepatkan' proses pendaftaran aq yg lambat tuh..brg2 keperluan sume dh dibawa oleh ibuku ke ASRAMA PUTERI DESA VIEW yang berdekatan dgn kolej..*brg dh masuk bilik tapi org nyer x sampai2 lagi*



            Asrama ni mmg lah kurang selesa berbanding di rumah tapi mmg boleh dijadikan tempat berteduh la.. asrama ni sering kali digelar gua kerana 'line' maxis sgt la lembab ! habis je pendaftaran aq pegi mkn dulu sbb dari pagi x sarapan.. habis je mkn terus bertolak ke asrama yang 'jauh' sgt tuhh... sampai asrama aq terus masuk ke bilik aq yg bernombor '116'.. bilik tu sgt la sunyi sbb x de org.. penghuni yang lain sudah balik kerumah kerana masa tu tgh cuti sem..

            Aq pon kemas la brg2 masuk dlm loker sambil di temani ibu yang belom balik lagi.. habis kemas2 sume beberapa jam kemudian ibu pon nak balik.. aq pon terasa sgt la bersedih kerana akan berpisah dgn ibu yang tercinta *sedih sgt time ni* ..
 
                   Lepas ibu ngan ayah balik aq pon menyendiri la dlm bilik.. aq tido pastu bangun balik.. bnyak kali aq wat mcm tu sbb mlm lambat sgt..kakak sedara aq pon duk kat asrama tu jgak.. dye sibuuk sgt uruskan intake baru mase tu.. so aq wat hal sendiri jela..bile mlm aq diberitahu sama ada nk tukar bilik lain atau nk duk bilik tu.. so aq wat keputusan utk tukar bilik sbb bilik yg aq duduk ni mmg sunyi yg teramat sgt.. 

                  Aq pon masuk la ke bilik baru yg bernombor '108' dan berjumpa dgn org baru di bilik tu.. semua kat bilik tu tua setahun dari aq tapi aq x panggil dorang kakak pon *kejam kan* hahaha..penghuni bilik 108 ni ialah EMY,IKA BAYERN,IKA ZULAIKHA ..aq mule2 senyap je sbb x kenal dorang lagi.. mase ni Ika Zulaikha x balik lagi.. aq x tau budak yg bernama Ika Zulaikha ni jenis yg mcm mne... so aq teruskan hidup tanpa roommate yg x berapa nk ckup ni..

                  Mase mule2 masuk aq boleh dikira 'rapat' la jugak dgn EMY ni sbb kitorang same intake..pegi kolej same2.. balik same2,mkn kat kafe pon same2..tapi itu semua 'dulu' sbb bile kwan ngan dye lame2 dye jadi lain.. *lain mcm mne tu x perlu diberitahu*..aq terus jadi x rapat ngan dye.. aq rapat dgn Ika Bayern n Ika Zulaikha je..klu budak Ika Zulaikha ni selalu je jadi peneman aq utk ke GIANT..huhu*kaki giant ni* 

                 Sekarang dh masuk sem ke 2 aq disini.. setiap minggu aq balik kerumah ku syurgaku kerana aq mmg x boleh jauh dhn family aq..aq ni cepat rindu kat dorang..dekat kolej pon aq dpat kwan baru iaitu ADILAH,FIZA,AISYAH dan ramai lagi.. tapi Aisyah dh pegi belajar kat tempat lain.. rindu sgt kat dye,last jumpe dye sebelum cuti sem..masuk sem baru langsung x jumpe sbb dye dh dtg kolej.. dye ade dtg kolej tapi aq x sempat nk jumpe dye sbb aq busy ade klas..

                 Inilah cerita yang dijadikan kenangan bila kehidupan sebagai pelajar baru bermula..aq juga baru mengenali erti kesusahan dan lain2..sampai sini sajelah yang aq nk cerita.. mungkin nanti aku akan sambung di episod lain... (。◕‿◕。)

Friday 20 September 2013

SUAMI AKU USTAZ ! !


SUAMI AKU USTAZ


PELAKON: Adi Putra (Ustaz Muhamad Nur Hafiz), Nora Danish (Alisa), Izzue Islam (Johan) 
TAYANGAN : Akan Datang



SINOPSIS NOVEL SUAMIKU USTAZ

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?


“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga.




Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?


 
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”



Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian.



Kesian Alisa,kena kahwin dengan abang sepupu dia. Ustaz kat sekolah dia lagi.Mengajar pula subjek Pendidikan Islam. Atas alasan apa? Takde orang nak jaga dia bila mak ayahnya pergi ke tanah suci Mekah.



Lisa pula anggap sebagai suaminya sebagai abang,sedangkan Ustaz Hafiz memang dah lama sukakan Lisa-sejak kecik lagi.Perkahwinan mereka dirahsiakan dari teman-teman di sekolah. Gila nak bagitau! Bising la Johan Pa'an dan Wati nanti.

Disebabkan Alisa jatuh motor, barulah diorang tahu yang Ustaz Hafiz dan Alisa tinggal serumah.Bila Ustaz Hafiz bagitahu perkara sebenar, Patah la hati Johan dan Cikgu Liana-cikgu yang menaruh hati pada ustaz hafiz.



Johan mengamuk pada Alisa- BBF konon.Dia sebenarnya boleh terima,jika Lisa beritahu sendiri. Belum lagi Paan dan Wati tahu


 
Alisa pulak,bukan main marah dengan Ustaz Hafiz. Tapi ustaz Hafiz cool je. Sampailah dia berjaya masuk ke menara gading. Barulah rasa rindu muncul.Alisa cuba untuk mencintai suaminya.



Monday 2 September 2013

Ayah T.T




Ayah ~
Kaulah yang selalu berusaha mencari rezeki utk keluarga,
tak pernah lelah walaupon sukar,
kau terus berusaha mencari sesuap nasi utk keluargamu,
mencari rezeki utk pembiayaan pelajaran anak2 mu..

Ayah ~
Kau pergi dan balik kerja dlm kesukaran,
tetapi pada esk hari kau tetap bekerja juga,
walau kau sakit sekalipo,
kau tidak pernah berputus asa..

Ayah ~
Kau bersusah payah mengambil dan menghantar ku setiap minggu,
meredah kereta yg berduyun2 di jalan raya,
tanpa memikirkan keselematan mu sendiri,
kau meredah hujan dan panas demi anakmu..

Ayah ~ 
walau kau tidak punya duit utk mkn sekalipon,
kau tetap berusaha mencari duit utk membeli makanan utk anak2 mu,
kau berusaha memenuhi segala impian mereka,
kau berusaha mempermewahkan mereka dgn apa yg ada..

YA ALLAH !!
aq bersyukur kerana Engkau telah memberikan aku ayah yg cukup sempurna walaupon ayah pernah melakukan kesilapan..
Kasih ayah tidak akan ku lupakan !
Aku akan berusaha bersungguh2 utk membalas jasa ayah.. :')


Friday 7 June 2013

DRAMA TEDUHAN KASIH ~



Senarai Barisan Pelakon Teduhan Kasih

Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Jigler.

Sinopsis Teduhan Kasih

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. 

Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa.

Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung.

Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal.
drama teduhan kasih tv 3, adi putra, sherry ibrahim, shah iskandar, teduhan kasih

Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.


Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang.

 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan.

Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa.

Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah.

Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju.

Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam.

Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.


SELAMAT MENONTON DRAMA TEDUHAN KASIH ^_^

Wednesday 3 April 2013

12 CARA MENDAPATKAN DOA MALAIKAT


Malaikat adalah makhluk yang suci dan tiada dosa.

Senarai orang yang didoakan oleh malaikat :
  • orang yang tidur dalam keadaan yang suci.
  • orang yang menunggu waktu solat dalam keadaan suci.
  • orang yang berada di saf pertama sewaktu solat berjemaah.
  • orang yang menyambung saf.
  • orang yang duduk di tempat solatnya.
  • orang yang mengaminkan bacaan imam sewaktu solat.
  • orang yang solat subuh dan asar berjemaah.
  • orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang itu.
  • orang yang berinfak.
  • orang yang bersahur.
  • orang yang mengunjungi orang sakit.
  • orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Kehadiran malaikat akan memberi ketenteraman di rumah kita.

Rumah yang akan dikunjungi malaikat :
  • rumah yang bersih.
  • rumah yang dilazimi dengan berzikir.
  • rumah yang mempunyai makanan yang halal.
  • rumah orang yang mengamalkan solat.
  • rumah orang yang jujur dan menepati janji.
  • rumah orang yang menghormati ibu bapa.
  • rumah yang ada bacaan al-Quran.
  • rumah yang ada isteri solehah.
  • rumah yang dihuni oleh penuntut ilmu.
  • rumah orang yang mempunyai sifat mahmudah.
  • bersih daripada barang haram.
  • rumah orang yang dermawan.
Rumah yang tidak dikunjungi oleh malaikat :
  • rumah yang ada anjing.
  • rumah yang ada gambar patung.
  • rumah yang berbau busuk.
  • rumah orang mengancam saudaranya.
Golongan orang yang dibenci Allah :
  • berkelakuan ganas dan menganggu ketenteraman awam.
  • wanita yang tidak menutup aurat.
#sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya dan yang baik itu datang dari Allah .. 

Monday 1 April 2013

Calon Penghuni Neraka



Neraka merupakan tempat yang paling menggerunkan dan       mendebarkan.
7 lapisan neraka :

  1. Jahanam : orang kafir,orang munafik,orang yang menentang dan       menolak ajaran rasul,orang yang mengumpul dosa tetapi tidak bertaubat,orang yang menyimpan emas dan perak tetapi tidak menunaikan zakat,orang yang sentiasa menipu dalam jual beli,orang yang bermain di dalam kebatilan,orang yang mendustakan ajaran Allah.
  2. Ladzo : orang yang menyimpan harta.
  3. To'ah : orang yang yakin boleh bawa harta ke kubur,orang yang suka mempermainkan orang lain.
  4. Sa'iel : orang2 kafir,orang yang tidak beriman kepada Allah,orang yang makan harta anak yatim,orang2 yang menyimpang dari perintah Allah,orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia,orang yang mengingkari dan tidak percaya adanya Allah.
  5. Saqar : orang yang tidak solat,orang yang tidak memberi makan kepada orang yang miskin.
  6. Jahil : orang kafir yang mendustakan Allah,orang yang bermewah2 dengan hartanya,orang yang derhaka kepada Allah.
  7. Hawiyah : orang yang timbangan amal baiknya sedikit,orang yang tidak boleh dipercayai.
siksaan di dunia : diambil berkah dari hidupnya,setiap amalnya tidak diterima Allah,doa tidak dipanjatkan ke langit,tidak mempunyai bahagian dalam doa orang2 soleh,nyawanya keluar tanpa iman.

siksaan sewaktu mati : mati dalam keadaan hina,mati dalam keadaan lapar dan haus.

❀ siksa di kubur : kubur sempit sampai tulang pecah,ular syaudaqatul aqra menghantui kubur kerana sia2 kan solat.

❀ siksa bertemu Allah : malaikat datang membawa rantai 70 hasta dengan menggantungkan di leher,Allah akan beri siksaan yang pedih kepada orang yang tidak solat.

❀ ular sebesar leher unta akan mematuk orang yang tidak solat.

❀ Rasulullah bersabda:"akan ada zaman dimana ulama2 dianggap orang yang buruk".

#sesungguhnya yang buruk itu datang nya dari saya dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T .. (◕‿◕✿)

Sunday 31 March 2013

CiNTa ALLAH AdaLah CiNTa AbaDi





Apa diharap padi di seberang, entahkan masak entahkan tidak, 
Apa diharap kasihnya orang, entahkan sayang entahkan tidak..



Bukan tak boleh cari cinta manusia, tapi cinta Allah itu lebih indah, lebih kekal dan lebih bermanfaat dunia akhirat...

Carilah cinta manusia, namun jangan sesekali cintamu kepada manusia biasa melebihi cintamu pada Allah dan Rasulnya...

Pada manusia, cari dan cintailah mereka yang beragama (mempunyai kefahaman agama dan berpegang teguh dengan agama)...ini adalah pesanan Rasulullah sendiri..

Rasulullah SAW bersabda:-
تنكح المرأة لأربع :لما لها ولحسبها ولجما عها ولدينها ،فاظفر بذات الدين تربت يداك"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia."

Sekalipun hadis ini pada zahirnya ditujukan pada kaum lelaki akan tetapi pengajarannya juga melibatkan kaum wanita. 


Selain itu, ada hadith lain yang menyatakan tentang keutamaaan menyintai Allah dan RasulNya.

Daripada Anas B. Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:- "Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka".

(Hadth Sahih Riwayat Muslim)

Tuesday 19 March 2013

PLKN oh PLKN

3 Januari kami lapor diri ~ ni lah tarikh keramat aq masuk plkn..seriusly mase ni rase nak nangis sgt sbb x nak berpisah ngan keluarga..huhu :'(  tapi lama kelamaan aq dh terbiasa dgn tempat yg bernama kem plkn indera pahlawan maran ,  pahang ... sesampai je aq di sana aq masuk la ke dalam bilik yg telah ditetapkan..mmg seram la sbb dlm bilik tu hanya ade beberapa org sahaja *nasib baik la org klu bnda laain aq dh balik weh...melayu hanya ada 2 org termasuk aq...yg lain sume cina and india..

aq pon cuba la utk biasakan diri..lame2 dh biasa..hari kedua disana kawan sebilik aq makin bertambah...so x de la aq keseorangan...hari demi hari telah berlalu..aq dgn kawan2 aq kat sana pon makin rapat...

sebulan kat sane hanya dipenuhi dgn kelas2 sahaja..seperti kelas cb,budaya kerja,pkrs,kenegaraan,........ aq lupe kelas ape lagi ntah...al maklum la bnyak sgt kelas nye...semua org mengelakkan diri daripada masuk ke kelas2 berikut...kelas tu sgt la membosankan..shhhhhhhhh jgn bgitau sesape k..hehe *merepek jap

dh sebulan aq kat sane cuti raya cina pon tiba..aq balik dgn parents so aq dpat balik awal...awal la sgt~ lepas cuti raya cina je bermula la segala aktiviti lasak di plkn sane tu hah...aktiviti kawad yang aq geruni pon bermula..mule2 mmg aq x nak masuk pertandingan kawad tapi aq telah dipaksa dan tanpa rela utk masuk...

aq pon dikerah utk melakukan latihan kawad (ceh! dikerah kau..ayat x boleh blah)kawad je pon..x kisah sgt la..huhu..aq ni dh la x reti kawad..dh lama aq meninggalkan kawad2 ni..aq pon bedal je la dgn ilmu yg diajar oleh cikgu mat du (cikgu kompeni delta)tapi enjoy la dapat berlatih kawad ngan geng delta ....


BERPOSING SEBELUM LATIHAN KAWAD ~





sempat lagi kitorang posing..hehe..muke sume x nak kawad.. (muke aq sorang je yg x nak kawad sebenarnya)penat kot..klu boleh dikatakan setiap hari ade latihan kawad..muke aq pon dh gelap...huhu :')redha jela..

disebabkan kegigihan kami semua berlatih kawad..wirawati DELTA juara pertandingan kawad woooo....bangga2..hehe(jgn nak bangga sgt la aida..kawad pon x betol)tapi kompeni DELTA x dpt no 1 pon..x pe2 x kisha pon..yg penting cikgu nik belanja kitorang KFC..hoho

dekat plkn la tercipta nye berbagai kenangan yg terindah..kat sane aq dpat menembak walaupon pada mule nye kaki aq menggigil nak masuk padang menembak tu..hehe..tapi mmg best aq wa ckp..rase cam nak menembak lagi..rugi woo sape yg x menembak tu..

pastu aq dapat pengalaman baru naik flying fox..tinggi+gayat aq..menjerit sampai hilang suara wei..turun je kaki aq ketaq2..tapi wa ckp mmg best ..rase nak naik lagi je..nasib baik la benda tu hanya utk sekali je..

lepas tu pelatih2 plkn dibawa melawat gajah2 di kuala gandah..best ar jgak..dorang dpt bagi gajah makan..dorang jela,aq x sbb aq takut ..hewhew,.time wirajaya la x boleh blah..khemah aq dh la jauh dari yg lain..(x de la jauh sgt k)mmg gelap gelita la..yg ade pon cahaya lampu toilet yg berada tidak jauh dari khemah kami..

mlm wirajaya tu tgh syok2 kawan aq nak nyalakan unggun api tibe2 dye menjerit LIPANNNNNNNNNNN !! aq yg mendengar nye terkejut giler..aq kluar la dari khemah n gi usha..aq x nampak pon bnda tu..tibe2 benda tu keluar n menuju ke tempat aq berdiri..dh la lipan tu besar..aq pon ape lagi..lompat x cukup tanah ..seram la bile ingat balik..geli geliman aq..

sebelom masuk hutan kitorang ade navigasi kat ladang kelapa sawit sape ntah..mmg syok la aq masuk lumpur..org lain kaki dye cantik je sampai kat aq kaki berlumpur abis..punye la baik aq nak mengelak dari kene lumpur tu last2 aq jgak  yg teruk kene nya..mase navigasi wirawati DELTA dapat no 2 klu x silap la..

dekat sane aq dan kawan2 bilik D1 telah menubuhkan geng F.U.L.L.A.M.A.K ..antara ahli nye ialah aq sendiri,aida,mastura,aisyah,c-ha,yati,aween,musha,dieylla,syira..tu je..x ramai pon..kitorang suke buat buffet lantai mlm2..aq x terlibat pon time buffet ni sbb aq selalu tido awal..ngantuk beb !

now tibalah majlis penutup plkn..masa nilah aq masuk persembahan senam seni..mmg enjoy giler la time tu..best sgt..mlm tu plak ade mlm bollywood..aq pon dgn selambanye boleh terlibat dgn tarian bollywood dan secara tidak langsung telah menyebabkan tarian  tu hancur atas kesalahan kesilapan menari.,hoho (malu seyh)

GAMBAR MAJLIS PENUTUP ~





GAMBATIMNAVIGASI ~



ME N FULLAMAK~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...